my profile

My photo
bandar seri putra, bangi/selangor, Malaysia
Assalamualaikum dan hai...Terima kasih kerana melawat blog ini dibuat khas untuk peminat arnab,berkongsi cerita dan hobi.arnab yang ada disini untuk dipelihara sebagai haiwan kesayangan.kunjungan anda amat dialu-alukan.Nasihat,pandangan dan tunjuk ajar dari semua amat diperlukan..Inilah salah satu Hobi saya pada masa lapang untuk dikongsi bersama kawan-kawan semua h/p no 0126348890. shabibul_qalbie@yahoo.com

Sunday, March 27, 2011

B Berry's Lyka and B Berry's Maple



Amazing's DNC + Amazing's IDDY = B Berry's Lyka
Color Black Otter
DOB 02/12/2010

+
=











Amazing's DNC + Amazing's G9/KD2= B Berry's Maple
Color Black Otter
Doe
DOB 26/01/2011
+
=






Monday, March 21, 2011

Thursday, March 10, 2011

Panduan Penjagaan Arnab

Panduan Penjagaan Arnab
Pemakanan Arnab
Penyediaan atau pemilihan diet untuk arnab memerlukan pengetahuan agak terperinci mengenai sistem penghazaman dan nutrisi yang diperlukan oleh arnab. Perkara paling asas perlu diingati ialah diet arnab tidak memerlukan kandungan gula dan protein yang tinggi atau sejumlah makanan yang banyak sebagaimana arnab pedaging. Jika anda memberikan makanan campuran yang pelbagai mengikut anggaran keperluan dietnya, pastikan arnab memakan semua makanan yang diberikan. Biasanya arnab akan memilih sendiri makanan yang digemarinya dan mengabaikan bahagian makanan yang kurang digemarinya menyebabkan ia tidak mendapat jumlah khasiat yang diperlukan. Fiber atau serat merupakan khasiat makanan yang amat penting bagi arnab supaya sentiasa sihat dan amalan penggunaan gigi arnab dengan betul. 
Diet Arnab Dewasa
Diet asas arnab dewasa yang sihat sepatutnya terdiri dari rumput kering beku atau rumput ternakan yang berkualiti seperti meadow hay, timothy hay, alfalfa dll bersama pelbagai sayuran segar. Diet ini perlu diperkenalkan kepada arnab secara perlahan-lahan dan hadkan makanan pelet kepada lebih kurang 2.5 oz sehari. Obesiti biasa berlaku kepada arnab dan mengurangkan potensi kesihatannya. Elakkan pemberian makanan yang terlalu berlebihan. Arnab memerlukan vitamin B dan bakteria sihat untuk menghazamkan makanannya. Kegagalan sistem penghazaman inilah penyebab kepada penyakit diarrhoea atau biasanya disebut cirit birit.
Diet Anak Arnab
Berikan makanan arnab (pelet) dengan kadar 2.5 - 3 oz sehari mulai usia anak arnab mencapai tiga minggu. Rumput kering beku / hay perlu sentiasa ada dengan jumlah yang tidak terhad untuk anak arnab dalam usia ini.
Hay / rumput kering beku / alfalfa sangat berpengaruh terhadap kesihatan arnab kerana kandungan fiber / roughage yang mana amat membantu dalam penghazaman, mencegah g.i.stasis dan gumpal bulu (hairballs) serta menjaga bentuk gigi arnab yang sihat. Hay / rumput kering beku / alfalfa perlu sentiasa diberikan kepada semua jenis arnab tanpa had.
Makanan (pelet) arnab mestilah sentiasa dalam keadaan baik. Menyimpan stok makanan terlalu lama (melebihi 3 bulan) akan menyebabkan kualiti makanan menurun dan kehilangan nilai khasiat makanan.
Arnab bergantung kepada populasi bakteria sihat yang stabil dalam perutnya. Perubahan diet perlu dibuat secara berkala bagi mengelakkan perubahan jenis bakteria perut yang mengejut kerana fenomena ini menyebabkan diarrhoea (cirit). Diarrhoea boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat.
Air
Arnab minum tidak mengira masa. Oleh itu air perlu sentiasa mencukupi untuk arnab. Air perlu sentiasa bersih. Pastikan air minuman tidak bercampur dengan tumpahan makanan atau tinja arnab. Gunakan botol dengan niple (sipper) sebagai kemudahan membekalkan air minuman untuk arnab.
Penjagaan Gigi Arnab
Gigi arnab berbeza dengan gigi manusia. Gigi arnab setiasa bertumbuh. Masalah utama gigi arnab ialah pertumbuhan molar berlebihan dan tonjolan enamel. Fenomena ini berpunca dari diet arnab yang tidak sempurna terutamanya tidak memakan jumlah fiber yang cukup. Pemakanan bahan makanan berfiber akan mengakis permukaan gigi arnab yang sentiasa bertumbuh dan mengekalkan bentuk gigi yang sesuai.
Vaksinasi & Penjagaan Kesihatan
Penjagaan arnab sepatutnya termasuk vaksinasi cegahan VHD (Viral Haemorrhagic Disease) setiap tahun, Myxomatosis 2 tahun sekali dan rawatan kecacingan 2 kali setahun.
o    Vaksinasi cegahan VHD (Viral Haemorrhagic Disease) tidak boleh diberikan dalam tempoh 2 minggu daripada Myxomatosis.