my profile

My photo
bandar seri putra, bangi/selangor, Malaysia
Assalamualaikum dan hai...Terima kasih kerana melawat blog ini dibuat khas untuk peminat arnab,berkongsi cerita dan hobi.arnab yang ada disini untuk dipelihara sebagai haiwan kesayangan.kunjungan anda amat dialu-alukan.Nasihat,pandangan dan tunjuk ajar dari semua amat diperlukan..Inilah salah satu Hobi saya pada masa lapang untuk dikongsi bersama kawan-kawan semua h/p no 0126348890. shabibul_qalbie@yahoo.com

Monday, October 25, 2010

PERISTIWA BEBERAPA TAHUN YANG LALU......


              
               Peristiwa ini berlaku lebih kurang beberapa tahun yang lalu, aku seperti biasa pada hujung minggu akan pulang ke kampung di rumah nenek, aku berasa hairan kali ini kenapa reban arnab nenek kosong tanpa penghuni, aku bergegas ke dapur mencari nenek yang sedang memasak lalu aku bertanya kepada nenek kemana perginya semua arnab-arnab nenek.lantas nenek pun memberitahu kepada aku 3 ekor sudahpun di buat gulai,reban dah bocor habis sayur nenek di belasahnya, aku pada masa itu terkejut dan bertanya ‘sedap ke nek daging arnab?’ sedap........manis daging nyer.....nenek ingat kau tak suka nenek tak offer ler.  Dalam sibuk bersembang dengan nenek di dapur tiba-tiba semak diluar dapur bergerak-gerak dan aku intai dari tingkap dengan tiba-tiba melompat keluar seekor arnab hitam.  Aku dalam keadaan terkejut terus menjerit nek ..nek...nek arnab hitam kat luar. Ada lagi sekor nenek tak dapat tangkap terlepas dah lama dah tapi tak pernah pun balik-balik nenek ingat dah mati.kalau kau dapat tangkap ambik la bawak balik..aku memang minat terhadap haiwan seperti kucing,ikan,ayam katik yang dijadikan haiwan peliharaan dirumah pada masa itu... terus memangil sepupuku yang tinggal lebih kurang 1 km dari rumah nenek untuk membuat operasi mencari arnab hitam.kalau tak silap specis angora berbulu tebal.aku tengok jam ditangan pada masa itu lebih kurang pukul 3.45 petang pada masa itu mak dan ayah sedang mengambil buah didusun atok sebelah ayah,mak dan ayah lahir dikampung yang sama jadi rumah nenek ayah dan nenek mak lebih kurang 1.2 km sahaja.
               Arnab hitam itu berada dibawah rumah nenek,aku mengambil kayu dan sepupu aku mengambil tangguk ikan nenek.  Berlari dan berkejaran lah aku dengan arnab itu masuk belukar keluar belukar masih tidak juga dapat si arnab hitam itu. Sambil berlari-lari dalam kepala ini berlegar-legar jangan la masuk ke dalam pagar jiran nenek iaitu seorang atok yang agak garang juga dikampung itu tapi sudah pun dijemput tuhan pada tahun lepas. Melihat jam sudah menunjukkan pukul 5.45 petang, aku risau melihat hari sudah hampir lewat petang dan mak dan ayah mesti akan keluar dari dusun pukul 6 petang ni. Ini tak boleh jadi kejar mengejar diteruskan bersama sepupuku.  Tiba-tiba arnab hitam itu terus meredah pagar atok jiran nenek itu dan terus masuk ditimbunan papan lapis dibawah rumah atok itu...aku bersama sepupuku risau dan takut dimarahi oleh atuk tadi, aku dengan keras hati dan selamba terus memberi salam dan masuk ke dalam pagar rumah atok itu dengan berkata tok nak ambil arnab nenek lepas. Aku tercari-cari di bawah rumah atok itu memang tak Nampak pun kelibat arnab hitam itu dah la bawah rumah gelap ditambah pula dengan mencari arnab berwarna hitam kalau warna putih boleh tahan lagi...cari punya cari tiba-tiba aku ternampak kaki belakang arnab hitam terkeluar sedikit dari celah timbunan papan itu. Aku dengan penuh berhati-hati terus menangkap kaki arnab itu dengan kuat dan menarik keluar arnab hitam itu..ternyata bukan aku sahaja yang penat arnab itu juga tercunggap-cunggap keletihan. Arnab yang berada dalam gemgaman aku terus melonjak-lonjak untuk melepaskan diri dan cuba mengigit tangan ku namun dengan cepat aku terus memegang telinganya terus ucap terima kasih kepada atok tadi dan pulang ke rumah nenek.arnab ini memang sudah ditetapkan untuk menjadi rezeki ku, mak dan ayah belum keluar dari dusun dan jam tepat pukul 6.30 petang.aku terus masuk kan arnab dalam kotak dan masuk ke bilik air untuk berwuduk dan solat asar dibilik.
               Tiba-tiba suara mak ayah kedengaran untuk mengajak ku pulang,dalam ketakutan aku berkata mak nak bawak balik arnab nenek bagi.  Mak dalam terkejut bertanya kepada nenek ‘betul ke mak bagi arnab ni?’.  Nenek pun cakap ambil lah bawak balik habis sayur den dimakan nya.mak pun bertanya kepada ku kt mana nak letak tak pa ke dia tak de kawan sian dia sorang-sorang. Aku raba-raba dibawah perut arnab hitam itu tak da apa-apa,nak check jantina la tu. Ayah pun bising juga la pasal aku nak bawak balik arnab tapi dengan alasan-alasan yang aku bagi ayah pun mengizinkan.sampai dirumah arnab tadi aku letak dalam sangkar didik anak ayam katik 3’x3’ saiznya.dan ayam katik dikeluarkan aku letak di dalam reban besar.biasa la pertama kali bela arnab memang excited ayam kesayangan pun sudah jarang dibelai,asyik arnab sahaja.  Seminggu telah berlalu aku lihat arnabku semakin gemuk dan semakin besar bulunya pun semakin cantik dan tebal ini membuatkan aku bertambah sayang dengan si hitam.mak rajin memberi makan seperti lebihan sayur didapur kangkung dan sebagainya kepada hitam.  Setiap pagi sebelum pergi ke sekolah aku akan pergi kebelakang rumah melihat si hitam.nasib baik ayah membeli rumah semi-D dikampung selepas pencen sebagai pesara tentera adalah sedikit ruang tepi dan belakang untuk hitam bermain.arwah moyang ada meninggalkan tanah dikampung kepada mak disana lah mak menternak ayam kampong ,itik,kolam ikan keli dan tanaman nenas jadi setiap petang mak akan ke kebun dari rumah lebih kurang 5 minit naik kereta untuk kesana.
               Seminggu telah berlalu, pagi ni hari sabtu tak perlu kesekolah  hooray....hooray....seperti biasa aku akan bangun seawal pagi lebih kurang jam 6.30pagi setelah selesai solat subuh aku terus ke dapur melihat mak sedang sibuk membuat sarapan pagi didapur.dalam keheningan pagi dengan kokokan ayam katik aku keluar melalui pintu depan terus meluru ke belakang.dalam samar-samar pagi aku berasa sangat pelik kenapalah si hitam Nampak kecil dari semalam bulu-bulunya pun habis tercabut tak kan kerja kucing, anjing ke? Pelbagai soalan bermain di fikiran ku.apabila aku melihat ke bawah reban alangkah terkejutnya banyak tikus merah dan hitam menguit-guit, aku terperanjat. Apabila ku amati betul-betul rupa-rupanya si hitam punya anak agaknya.aku pun menjerit memangil emak si hitam dah beranak.aku terus mengambil bakul didalam rumah.ayam katik aku pun sudah keluar dari reban dan meluru ke bawah reban si hitam.  Apabila aku kembali kereban ayam katik sempat mengambil seekor daripada anak arnab ku dan terus melarikan diri.puas aku mengejarnya namun tak dapat.tak pa lah dah rezeki kau nak buat mcm mana.mak pun datang ke belakang melihat telatahku, aku terus mengambil anak arnab yang berada dibawah reban bersama gumpalan bulu-bulu si hitam. Ku kira satu persatu ada 7 ekor anaknya campur yang sudah dimakan oleh si katik 1 ekor semuanya lapan ekor anaknya.
               Aku yang tiada pengalaman memelihara arnab terfikir untuk menyusukan anaknya.aku ambil si hitam yang mana waktu itu di perutnya penuh dengan susu aku letak didalam bakul tapi anaknya saja yang nak menyusu tapi si hitam kelihatan takut dan meronta-ronta untuk keluar dari bakul dipijak anak-anaknya beberapa kali.  Lalu aku membuat keputusan memegang kaki si hitam dan beri susu kepada anak nya.apabila semua anaknya sudah kenyang perut pun sudah buncit aku letak kembali si hitam kedalam reban dan anaknya ku bawa kedalam rumah ku tunjuk kepada ayah dan adik beradik,kebetulan hari itu  3 orang kakak ada di rumah kerana pulang bercuti semalam dari sekolah berasrama penuh.  Mereka semua terpegun dan geli melihat anak-anak arnab itu.
               Semenjak kejadian itu aku menjadi rajin ke perpustakaan sekolah / awam  untuk mencari maklumat tentang arnab.baru aku tahu banyak perkara.  Semua arnab ku sudah ada lapan ekor,bagi ku banyak tu, reban tak cukup ayah dengan sendirinya pergi mengambil kayu terpakai membuat reban baru untuk anak-anak si hitam. 2 minggu berlalu dengan begitu cepat anak-anak hitam sudah berbulu dan sudah buka mata comel dan berbulu tebal. Seingat saya  seekor 1 berwarna oren terang, 2 opal, 2 chest nut,1 coklat, 1 chincilas. Saya Cuma ingat warna dulu tak tahu nak sebut tapi bila tengok color tu sama dengan warna moden arnab diatas. 5 daripada 7 adalah betina 2 je jantan seingat saya jantan adalah opal dan chinchillas jadi pejantan saya So, mesti pasangan si hitam bukan arnab biasa mesti ada mix kan ataupun si hitam ada gen mix.
               Disinilah permulaan untuk membiakkan arnab.anak-anak pun sudah menjadi induk dalam masa 5 bulan sekali beranak 6-7 ekor tak pernah mencapai 8 seperti si hitam.saya sehinggalah dalam masa 1 setengah tahun sudah menjadi sebanyak 145 ekor,apalagi bila raya akan makan daging arnab la sekali sembelih lima – enam ekor dibuat rendang.sepanjang memelihara arnab dalam masa beberapa tahun lepas sebelum berhenti bela seketika apabila ditawar masuk  asrama si hitam beranak sebanyak 7 kali x 8 ekor.itulah ceritanya kalau nak cerita mesti boleh buat novel tapi itulah pengalaman saya dengan arnab daripada 1 ekor terus menjadi banyak. Inilah pengalamanku untuk dikongsi untuk semua.

No comments:

Post a Comment